Friday, December 7, 2007

Bagaimana memulakan pelaburan forex online?

Oleh: Mogiumtusin @ Cly, Keningau, Sabah.
www.myforexside.com
® 2007

Selalu orang bertanya kepada saya terutamanya yang ‘kosong’ dalam perniagaan / pelaburan forex tentang soalan-soalan seperti apa itu forex, bagaimana memulakan pelaburan forex online ini, betulkah semuanya ini, bolehkah individu terlibat benda ni dan macam-macam lagi. Orang yang baru dengar tentang forex selalunya menganggapnya sama seperti ‘skim cepat kaya’, high yeald investment program (HYIP), autosurf, MLM, jual barang, atau saham-saham seperti ASB, ASN, Bursa Malaysia dsb. Malah ada yang mengatakan “ahh..semuanya tipulah!!”…Sebenarnya dalam dunia forex tiada yang tipu punya. Semua orang boleh terlibat termasuklah kita! Dalam forex, anda berdepan dengan ‘real market’ yang melibatkan pertukaran wang-wang utama dunia lebih daripada USD 2 trilion sehari!! Di Eropah, lebih 65% penduduknya terlibat dengan perniagaan pertukaran mata wang asing atau forex. Forex boleh menjadikan anda kaya-raya sekiranya mahir (juga jatuh miskin sekiranya membabi-buta).


Terdapat juga yang berminat dan bertanya kepada saya bagaimana cara-cara memulakan perniagaan / pelaburan forex online ini. Forex secara online adalah pelaburan paling mudah diuruskan dan boleh dilakukan di rumah atau mana-mana tempat. Apa yang diperlukan adalah terdapatnya keperluan asas seperti; a) Komputer ataupun Laptop dan b) sambungan internet. Berikut merupakan langkah-langkah untuk memulakan dan berjaya dalam forex;

  1. Fahami asas-asas forex. Untuk ini, ambil masa untuk belajar & memahami apa itu forex, bagaimana forex diniagakan, memahami cara menganalisa forex seperti analisa teknikal dan fundamental. Terdapat banyak bahan bacaan, ebook-ebook, dan artikel-artikel tentang ini di internet sekarang yang boleh diperolehi secara percuma seperti di www.babypips.com dan website saya: www.myforexside.com, juga dalam blog saya ini www.mogiumtusinfx.blogspot.com. Anda juga boleh mencari rakan-rakan yang mahir tentang ini dan bersedia memberi tunjuk ajar kepada anda. Anda juga boleh mengambil kursus berbayar tentang forex, menghadiri seminar forex dan sebagainya. Mempelajari kemahiran bertrading forex sebenarnya tidak rugi kerana ia adalah sumber pelaburan / pendapatan berterusan, tidak ada hentinya selagi wujud sistem kapitalis dan ekonomi dunia. Ia bukanlah program semusim seperti HYIP, MLM atau skim cepat kaya yang lain. Ia juga tidak luput walaupun ekonomi dunia merosot kerana forex boleh memperolehi keuntungan dalam dua cara iaitu turun ataupun naik sesuatu mata wang. Apabila anda sudah memahami dan mahir tentang forex, sebenarnya anda sudah ada modal untuk memulakan pelaburan sendiri seperti yang dilakukan oleh trader di bank-bank, atau oleh ‘broker-broker’ tempatan.

  1. Apabila anda sudah memahami asas-asas forex, seterusnya belajar berurusniaga dalam DEMO sehingga betul-betul faham cara dan trend market bagi pasangan-pasangan matawang. Selain itu, bertrading forex secara DEMO akan memahirkan kita tentang platform broker tersebut selain membiasakan diri dengan cara urus-niaga dilakukan. Pergerakan mata wang dalam DEMO adalah sama atau hampir sama dengan pergerakan mata wang sebenar (live trading). Platform untuk demo boleh didapati di semua broker / penyedia platform secara percuma seperti www.northfinance.com, dan www.interbankfx.com (rujuk prefered brokers di website saya www.myforexside.com). Belajar demo sekurang-kurangnya 3 bulan, dan apabila anda betul-betul mahir, barulah membuka satu akaun sebenar dalam forex.

  1. Membuka akaun sebenar forex (live account – free saja). Untuk membuka akaun forex, haruslah memilih broker yang diyakini, regulated dengan agensi-agensi forex seperti NFA, FSA, CFTC, SFDF, ASIC dsb. Broker yang dipilih haruslah menyediakan spread yang sedikit (2 – 3 pips di pairs utama), senang men’deposit dan mengeluarkan / withdrawl duit, platformnya mudah digunakan (dicadangkan menggunakan platform yang pernah anda pakai dalam DEMO), dan sebagainya. Masing-masing broker mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Oleh sebab itu, sebelum membuka akaun forex di mana-mana broker, pastikan anda benar-benar memahami broker tersebut terutamanya cara-cara kendalian seperti komesyen (jika ada), cara memasukkan duit (deposit) dan cara mengeluarkan keuntungan (withdrawal). Untuk permulaan, cari broker yang menyediakan mini / mikro akaun. Biasanya terdapat broker yang menyediakan deposit serendah U$D 1.00, U$D 25.00, U$D100.00, U$D 250.00 dan sebagainya. Sekiranya sudah untung banyak, barulah boleh mendeposit akaun yang besar. Saya menggunakan platform Marketiva dan Metatrader 4 di broker www.marketiva.com, www.interbankfx.com, www.northfinance.com dan sedikit masa lagi akan membuka akaun di www.crownforex.com (kerana menyediakan spread 1 pips sahaja). Akaun forex utama saya sekarang ialah di interbankfx.com.

  1. Selepas semuanya selasai membuka akaun forex (live), depositkan duit dan mulakan trading forex melalui platformnya. Dalam trading inilah anda menggunakan segala kemahiran semasa demo dahulu, segala teknik-teknik urus niaga forex, signal dan sebagainya. Untuk memahami cara trading / teknik forex yang paling mudah dan profitable, sila baca ‘MogiumtusinFx Strategy’ (www.mogiumtusinfx.blogspot.com), iaitu teknik simple trading forex saya…

Rajah di atas adalah contoh demo saya menggunakan modal $3,000.00 dalam leverage 1:200. Dalam dua hari memperolehi untung sebanyak $714.12 atau 23.8% menjadikan modal dan untung kepada $3,714.12. Sungguh lumayan!


Memahami pertukaran matawang (forex) adalah sangat penting dalam bidang investment ini. Apabila sudah memiliki akaun forex (live), haruslah sentiasa peka tentang perubahan-perubahan market. Intipati terpenting dalam kejayaan forex ialah;

i) memahami ‘trend market’ (trend is your friend)

ii) mengikuti ‘trend market’ (jangan lawan market)

iii) menitikberatkan ‘disiplin’ diri semasa trading (jangan tamak,

tidak sabar, tergopoh-gapah) kawal disiplin diri.

iv) sentiasa banyak mempelajari, membaca & memperolehi

maklumat tentang forex supaya sentiasa ‘up-to-date’.

Pembelajaran dalam forex adalah berterusan.

v) mengkaji dan membuat analisa market – kaji teknik

trading forex sendiri.

vi) membuat catatan peribadi tentang trading

vii) memahami psikologi market (trade ‘tanpa perasaan’)

viii) memiliki pengurusan kewangan akaun forex anda.